
Segala puji bagi Allah s.w.t.Semata dan Shalawat serta Salam semoga senantiasa tercurahkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam yang tiada Nabi setelahnya.

Saya mulai Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani .
Assalamuaalaikum wr wb….Pada Kawan2 dan Adik2 Yang Abang Wee
Kasihi ,Cintai Dan Sayangi ,Walau pun Dimana Kalian Berada SemuaNya .
Baik Yang Baru & Yang Lama .
ALLAH S.W.T. BENCI PERCERAIAN .YAKNI TALAK .
Talak dan pengertiannya:
Talak ialah suatu cara penyelesaian yang terakhir apabila pihak suami dan isteri tidak menemui jalan perdamaian untuk bersama dalam sebuah rumah tangga.
Menurut istilah syarak, talak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan atau perpisahan antara suami dengan isteri melalui lafaz talak atau lain-lain.
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya : " Daripada Ibnu Umar r.a, telah bersabda Rasulullah S.A.W., perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah azzawajalla ialah TALAK ".
( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )
Talak terlaksana apabila seorang suami melafazkan perkataan cerai, seperti:
“ Aku ceraikan engkau “.
Dengan lafaz tersebut, terpisahlah mereka sebagai suami isteri, dan semua pergaulan mereka terbatas.
Hukum Penyelesaian
Wajib
Jika perselisihan antara suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju, mereka perlu bercerai.
Sunat
Apabila seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.
Makruh
Jika seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang baik tanpa terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh isterinya itu.
Haram
Seorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau nifas.
Harus
Apabila tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri.
Talak sunat,
iaitu suami menjatuhi talak kepada isterinya mengikut peraturan agama, seperti menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan belum disetubuhi.
Talak Bid’ad,
iaitu suami menjatuhi talak kepada isterinya dengan tidak mengikut peraturan seperti, menceraikan isterinya ketika haid atau nifas, atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus.
Talak satu
Suami menceraikan isterinya dengan talak satu. Semasa idah , suami boleh merujuki isterinya kembali
Talak dua
Suami menceraikan isterinya dengan talak dua sekaligus atau penceraian yang berlaku pada kali kedua. Ketika idah suami boleh merujuki isterinya kembali
Talak tiga
Seorang suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus atau penceraian yang berlaku kali ketiga. Apabila seorang isteri telah dicerai dengan talak tiga,
bekas suaminya tidak boleh merujuki kembali atau berkahwin semula dengan bekas isterinya, melainkan isterinya itu berkahwin dengan lelaki lain dan telah disetubuhi, kemudian dicerai, dan tamat tempoh idahnya
Memberi peluang kepada suami dan isteri menginsafi kesalahan masing-masing dan membaikinya bagi memulakan penghidupan baru
Memberikan peluang kepada keluarga kedua-dua belah pihak mencari jalan untuk mendamaikan mereka berdua.
Memberi jalan kepada pasangan yang tidak ada persefahaman untuk berpisah dan memulakan penghidupan barudengan pasangan masing-masing.
Sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat untuk melepaskan diri daripada keadaan tersebut.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya : Jika kedua-dua suami dan isteri bercerai, maka Allah akan memberi kesenangan bagi masing-masing dengan kurnia-Nya, Allah lapang ( kurnia-Nya ) lagi Maha Bijaksana.
( Surah an-Nisak : ayat 130 )

No comments:
Post a Comment